Assalamualaikum wbt semua.
Hari ni aku nk cerita sikit pasal PALAPES. Tujuan aku karang post ni sebab nk share sikit maklumat kepada student2 universiti yg berminat nk join PALAPES (kalo ade la kt universiti korang). Korang tau ape tu PALAPES?
PALAPES ni maksudnya PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN atau dalam English dipanggil ROTU atau nama panjangnya RESERVE OFFICER TRAINING UNIT. Ada 3 cabang dalam PALAPES ni iaitu Darat, Laut dan Udara.
PALAPES ni sebenarnya ditubuhkan bagi melahirkan pegawai-pegawai muda (Young Officer @ YO) dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) iaitu satu unit dalam Tentera Darat Malaysia, PSSTLDM dalam TLDM dan PSSTUDM dalam TUDM.
PALAPES hanya boleh dijumpai di kebanyakan universiti-universiti awam di seluruh Malaysia. Lebih kurang mcm badan beruniform gak la. Yang bezanya PALAPES ni korg wajib join selama 3 tahun dan yang paling bestnya korang akan ditauliahkan sebagai pegawai muda berpangkat Leftenan Muda dalam Istiadat Pentauliahan Diraja oleh DYMM SPB Yang Dipertuan Agong. Ini menandakan yang korang ni adalah salah seorg pegawai tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia melalui Watikah Pentauliahan yang korg dah dapat tu. Watikah ni company2 luar pandang wei... valid tau.hehehehe. Siap ada 2 IC lg..IC awam dan IC tentera. *IC = kad pengenalan la..tu pun tak tau ke?..hahahaha
![]() |
Perbarisan Kawad Pentauliahan Diraja |
Program PALAPES ni mcm aku cakap td mengambil masa 3 tahun sebelum ditauliahkan. Setiap tahun akan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:
1. Tahun pertama (semester 1 & 2) - Junior
2. Tahun kedua (semester 3 & 4) - Intermediate
3. Tahun ketiga (semester 5 & 6) - Senior
![]() |
Menunggu giliran untuk ditauliahkan |
Untuk makluman jugak, setiap latihan dibayar mengikut jam latihan (tak ingat dah rate berapa sejam sekarang). Pastu korg akan dapat kolej kediaman universiti secara percuma untuk 3 tahun & siap makan free ok (khas utk UiTM, universiti lain aku tak tau).
Dalam latihan ni nanti la korg akan tau apa itu kerjasama, semangat setiakawan, kesetiaan dan disiplin. Yg paling penting korg akan menjadi seorg graduan yg sgt berkeyakinan tinggi. Korg jugak akan tau serba sedikit taktikal peperangan, mcmn nk guna senjata mcm M16, GPMG, LMG, M203, mortar, grenade (tak tau cari sendiri..malas nk explain hahahah), cara nk kilat kasut, cara berkawad yang betul, compass marching (pandu arah), cara nk buat kubu, cara nk buat serangan & pertahanan, cara senaman yg betul dan lain-lain
Bukan nk kata la..siapa2 yg dah ikut latihan ni, bila dh graduate Insyaallah korg akan jadi lebih yakin & bersedia utk memasuki alam pekerjaan. Bukan calang2 org boleh dpt latihan ni..tompek lain xdo woi.. Lagi 1 kalo korg nk terus masuk regular (pegawai tetap) pun boleh. Kena slalu tgok newspaper iklan Pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP) ATM. Walaupun korg PALAPES Darat contohnya boleh je lompat masuk cabang servis yg lain mcm Laut atau Udara. Tetapi tetap jugak la kena pergi training lagi dengan geng2 civillian hahahaha..tapi rasanya tempoh masa maybe pendek sikit la kot (yg ni tak sure).
![]() |
Suntikan perang |
![]() |
Tempat ke-2 acara rempuh halangan |
Kepada bakal2 YO yg akan ditauliahkan pada tahun ini aku nk ucapkan tahniah dan berbanggalah menjadi salah seorg warga PALAPES. Kalo ade ape2 info atau maklumat yg kurg tepat dalam post aku ni bolehlah komen dan Insyaallah akan diperbetulkan maklumlah dah 11 tahun berlalu (patutnya lama dah aku post tp xde masa..kihkihkih).
Harap bermanfaat kepada korg. Sekian, terima kasih.
Bekas Leftenan Muda PALAPES Darat UiTM Shah Alam Batch 26
20.05.2018
10.58 pagi
![]() |
Ujian Kawad |
![]() |
Tak tau berapa hari dah tak mandi ni..hahaha |
![]() |
Ditauliahkan oleh DYMM SPB YDPA Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah |
![]() |
Hitam itu menawan..hahaha |
![]() |
'Paku' tengah panas |
![]() |
First time champion Pertandingan Kawad antara PALAPES Universiti |
![]() |
Baru lepas PT pagi..muka mental..hahahaha |
![]() |
Reunion PALAPES di UiTM Shah Alam (yg tudung coklat tu la wife aku @ ex-PALAPES Laut) |
![]() |
Reunion PALAPES di Port Dickson |
Latihan ala2 pertahankan diri ad di latih x saudara
ReplyDeleteAda..TTS - tempur tanpa senjata @ taekwondo
DeleteMesti ado punyoo
ReplyDeleteassalamualaikum bang, nak tanya, selain uitm shah alam, uitm cawangan mana lagi yg menawarkan koko palapes ni? sy dh cari tpi masih x jumpa jawapan
ReplyDeleteuitm perlis ada
DeleteTime sy dlu ada 4 cawangan..uitm shah alam, arau, dungun & melaka..skrg xpasti
DeleteSekarang masih sama tuan
DeleteKlau uitm , uitm cawangan shah alam yg ada palapes -uitm shah alam(induk),palam,pundana,uitm jasin, cawangan terengganu pulak , dungun dengan chendering. Itu sekarang ni laa sebab saya batch 41 palapes cawangan dungun .sekian
ReplyDeleteKalau x pndai berenang nak join Palapes Darat lepas tak? Sbb klau x silap ada latihan perairan dan pengapungan
ReplyDeleteBoleh..sbb sy pun xpndai berenang..wktu latihan nnt yg xpndai berenang akan pakai life jacket
DeleteMmg kena dari pelajar universiti aeh ?
ReplyDeleteUntuk palapes mmg untuk pelajar universiti je
DeleteYa betul..poli pun ada..tp bukan training sbg pegawai
Deleteada ujian pada bahagian tapak kaki tak??
ReplyDeleteBoleh bagi pandangan kepada matlamat penubuhan palapes yang tidak memberi ROI(Return of Investment) kepada ATM, berdasarkan statistik palapes yang tidak menyertai ATM setelah tamat pengajian adakah relevan program palapes berdasarkan ROI yang telah dibelanjakan oleh ATM ini. Palapes yg telah tamat pengajian tidak berminat menyertai ATM dan aktif sebagai pegawai wataniah.
ReplyDeleteBoleh bagi pandangan kepada matlamat penubuhan palapes yang tidak memberi ROI(Return of Investment) kepada ATM, berdasarkan statistik palapes yang tidak menyertai ATM setelah tamat pengajian adakah relevan program palapes berdasarkan ROI yang telah dibelanjakan oleh ATM ini. Palapes yg telah tamat pengajian tidak berminat menyertai ATM dan aktif sebagai pegawai wataniah.
ReplyDeleteIkut ketinggian ke kalau nak masuk palapes? Tinggi saya 148cm
ReplyDeleteX silap Saya syarat kemasukan utk perempuan minimum tinggi 157 cm
Deleteada kemungkinan tak perempuan tinggi 154 cm dapat masuk palapes?
Deleteboleh try apply dulu, ada je senior saya 154cm😁
DeleteYg lg rendah pun ada yg dpt..janji korg btul2 minat..
DeleteNak tanya uitm jengka ada tak rotu
ReplyDeletexde
Deletesyarat fizikal dia tu macam mana eh,especially kalau masuk bab2 ketahanan fizikal,kalau boleh personal record berlari 3.15 km dalam masa 25 minit boleh lepas tak?
ReplyDeleteSyarat lari untuk lelaki 2.4 km dalam 14 minit, kiranya kelajuan minimum kalau nak lepas 10.2 hingga 10.5 km/h. ikut personal awak, kelajuan awak hanya 7.56 km/h so kene berlatih lagi
DeleteApe minimum ketinggian utk lelaki ye?
ReplyDeleteKalau macam UiTM yg masuk penerapan dari diploma, tempoh pengajian akan berkurang dan tidak mencapai 3 tahun tempoh pengajian. Jadi masih layak ke untuk menyertai PALAPES?
ReplyDeleteXlayak..maafkan sy kalo kurg betul
DeleteKalau nk masuk palapes semasa diploma ke? Tapi kos sy 2 tahun setengah je. Tappi syarat kelayakan sy tengk kena 3tahun
ReplyDeleteNak tauliah ada dental check up tak sbb sya pakai crown gigi risau tak lepas
ReplyDeleteXde mslh..time sy dlu xde..
Deletemaaf nak tanya semua uitm ada palapes ke ?
ReplyDeleteTak semua
DeleteKalau rabun teruk lets say power 600+ ada peluang tak nak join?
ReplyDeletelet say utk yg ada asthma and rabun bolehh ke join? and brp kos ya utk join
ReplyDeleteCool and I have a tremendous offer you: What Is In House Renovation Loan complete house renovation
ReplyDeleteNak tanya macamana boleh naik pangkat from ahli biasa ke pegawai waktu join dekat uni ni ? orang atas perati je ke ?
ReplyDeletemacam mana bertahan dalam palapes
ReplyDelete