Tuesday, July 17, 2018

10 Dokumen Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dibawa Semasa Temuduga

Persediaan rapi sangatlah diperlukan buat anda yang akan menghadiri temuduga. Selain persediaan, pengetahuan tentang temuduga juga sangatlah penting. Salah satu perkara yang harus anda beri perhatian tentang temuduga adalah dokumen-dokumen yang perlu anda bawa bersama semasa temuduga tersebut.

Dokumen-dokumen sokongan ini adalah sebagai bukti ataupun sebagai ringkasan tentang diri anda. Penemuduga juga ingin melihat dokumen-dokumen ini bagi sebagai protokol temuduga. Namun, tahukah anda bahawa bukan semua dokumen perlu anda bawa semasa hari temuduga tersebut?


Terdapat beberapa dokumen yang wajib anda bawa tetapi ada juga beberapa dokumen yang tidak perlu anda bawa semasa temuduga. Hanya dokumen yang ada kaitan dengan dunia pekerjaan yang dimohon sahaja perlu dibawa bagi menarik perhatian majikan manakala selebihnya tidak perlulah dibawa. Hal ini untuk memastikan penemuduga tidak berserabut memeriksa dokumen anda yang terlalu banyak tetapi sebenarnya tidak diperlukan.


Terdapat ramai calon yang menyangka membawa dokumen-dokumen yang banyak adalah penting untuk memastikan penemuduga tertarik dengan anda. Tanggapan tersebut salah sama sekali. Penemuduga sebenarnya tidak tertarik dengan dokumen yang banyak dan tidak penting.


Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 10 dokumen yang perlu dan juga yang tidak perlu anda bawa bersama semasa temuduga. Jadi, bolehlah anda sediakan semua dokumen yang perlu dibawa ke temuduga dan juga bolehlah anda simpan dokumen yang tidak perlu di rumah.


DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA TEMUDUGA


Pastikan kesemua dokumen-dokumen ini dibawa semasa temuduga. Kegagalan anda dalam membawa semua dokumen ini bakal menjejaskan keputusan penemuduga sama ada ingin mengambil anda bekerja atau tidak. Berikut merupakan kesemua dokumen-dokumen tersebut.


1.) Kad Pengenalan


Kad pengenalan sebenarnya perlu dibawa ke mana-mana bukan sahaja ke temuduga. Kad pengenalan menunjukkan identiti anda dan menjadi bukti bahawa anda merupakan warganegara Malaysia. Semasa temuduga, kad pengenalan akan menjadi bukti identiti diri anda seperti umur, taraf kewarganegaraan dan lain-lain.


Bukan sahaja kad pengenalan yang wajib anda bawa semasa temuduga. Anda juga wajib membawa salinan kad pengenalan kerana penemuduga akan menyimpan salinan kad pengenalan tersebut. Adalah dinasihatkan untuk anda membawa sekurang-kurangnya tiga salinan kad pengenalan bersama anda semasa temuduga.


Terdapat banyak kes sebelum ini, ramai calon yang menghadiri temuduga tidak membawa salinan kad pengenalan. Penemuduga akan memberi peluang untuk fotokopi kad pengenalan anda tetapi perkara ini akan menyebabkan penemuduga memberi tanggapan buruk kepada anda kerana anda seolah-olah tidak membuat persediaan rapi sebelum datang temuduga.


2.) Resume


Resume merupakan maklumat secara ringkas tentang diri anda. Resume sangat penting untuk penemuduga mengetahui maklumat diri anda seperti pencapaian, pendidikan serta pengalaman anda.


Adalah sangat penting juga untuk anda menyusun resume ini dengan baik bagi mengelakkan penemuduga hilang mood. Susun resume dengan baik dan teratur. Anda boleh membuat bacaan di internet tentang cara-cara menyusun resume dengan baik.


Resume sangat penting dan perlu dibawa semasa temuduga. Kegagalan anda membawa resume akan menyebabkan permohonan kerja anda di tempat itu ditolak kerana majikan akan menganggap anda tidak serius.


3.) Sijil


Bukan semua sijil yang perlu dibawa sebenarnya. Hanya sijil yang berkaitan dengan alam pekerjaan sahaja perlu dibawa. Sijil ini menjadi bukti pencapaian dan penglibatan anda.


Penemuduga mahu melihat sijil anda untuk memastikan anda layak bekerja dengan syarikat tersebut. Bawa juga bersama salinan sijil tersebut kerana penemuduga berkemungkinan ingin memintanya untuk disimpan.


4.) Dokumen Sokongan


Dokumen sokongan merupakan apa-apa sahaja dokumen yang berkaitan dengan permohonan pekerjaan anda. Dokumen sokongan ini penting bagi meningkatkan lagi keyakinan penemuduga terhadap diri anda di samping melihat sejauh mana kesediaan anda untuk bekerja di situ.


Contoh dokumen sokongan adalah seperti surat kebenaran majikan, surat panggilan temuduga dan lain-lain. Jangan sesekali lupa untuk membawa dokumen sokongan ini semasa temuduga.


5.) Dokumen Peribadi


Dokumen peribadi wajib dibawa untuk penemuduga memastikan status anda. Dokumen jenis ini termasuklah surat kahwin, surat beranak dan lain-lain. Susunlah kesemua dokumen ini secara teratur. Jangan lupa juga untuk membawa salinan dokumen-dokumen ini jika penemuduga memerlukannya.


DOKUMEN-DOKUMEN YANG TIDAK PERLU DIBAWA SEMASA TEMUDUGA


Di samping anda mengetahui dokumen-dokumen yang wajib anda bawa semasa temuduga, anda juga perlu ambil tahu dokumen-dokumen yang tidak sepatutnya anda bawa semasa temuduga.


Kesemua dokumen-dokumen ini sebenarnya tidak pun diperlukan oleh penemuduga. Oleh itu, anda tidak perlulah bawa, simpan sahaja di rumah. Contoh dokumen-dokumen yang tidak perlu dibawa adalah seperti berikut.


1.) Slip Keputusan Peperiksaan Semester


Tidak perlu bawa slip peperiksaan anda untuk setiap semester. Ini akan menyebabkan penemuduga menjadi serabut melihat terlalu banyak slip peperiksaan anda.


Ya! memang benar penemuduga perlu tahu keputusan anda. Namun, anda sebenarnya tidak perlu membawa slip keputusan peperiksaan setiap semester. Anda hanya perlu bawa transkrip sahaja ketika temuduga.


2.) Sijil-sijil Semasa Zaman Persekolahan


Tidak kiralah jika anda merupakan Ketua Tingkatan, Ketua Pengawas atau Ketua Keceriaan Kelas sekalipun, anda tidak perlu membawa sijil-sijil yang anda peroleh di sekolah dahulu. Tidak dapat dinafikan sijil-sijil ini sangat diperlukan semasa anda menghadiri temuduga ke IPT dahulu tetapi sijil-sijil ini tidak lagi laku untuk anda memohon kerja.


Mungkin ada di antara anda yang suka membawa banyak sijil bagi menarik perhatian penemuduga. Sebenarnya, penemuduga tidak tertarik langsung malah beliau akan rimas dengan sijil yang terlalu banyak. Bagi siji berkaitan peperiksaan awam seperti Sijil Ujian Lisan, letakkan sekali bersama dengan Sijil SPM dan perlu dibawa semasa temuduga.


3.) Keputusan UPSR & PMR


Sijil peperiksaan awam di sekolah yang perlu anda bawa semasa temuduga hanyalah sijil SPM dan STPM. Sijil UPSR dan PMR tidak perlu sama sekali. Sebenarnya, penemuduga tidak berminat dengan sijil-sijil di sekolah kerana beliau akan lebih berminat dengan pencapaian anda di IPT.


4.) Sijil AJK Kelab Kampung


Jika anda menjawat jawatan dalam kelab-kelab bertaraf kampung dan memperoleh sijil penghargaan bagi menghargai jasa anda itu, maka simpan sahaja sijil itu. Tidak perlu dibawa ke temuduga. Penemuduga tidak berminat sama sekali dengan sijil-sijil seperti itu. Sijil-sijil tersebut tidak langsung membantu dalam menarik perhatian penemuduga.


5.) Sijil Penyertaan


Jika sijil penghargaan pun tidak dilayan, apatah lagi sijil penyertaan. Penemuduga akan memberi reaksi yang buruk kepada anda kerana beliau akan menganggap anda ingin menunjuk-nunjuk dengan penyertaan anda. Jadi, kesimpulannya tidak perlulah bawa sijil-sijil ini. Bawalah sijil yang diperlukan sahaja.


Pihak kami berharap agar artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda. Pastikan anda teliti setiap dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga dan juga dokumen yang tidak perlu dibawa. Selamat berjaya buat anda!

Wednesday, May 23, 2018

Pengalaman Di Palembang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni aku nk citer sikit pasal pengalaman aku berada di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia selama hampir 3 tahun. Utk makluman korg, company aku telah menghantar aku berkhidmat di Palembang sebagai Direktur Pembelian Bahan Baku pada 10hb Feb 2010. Time tu bujang lagi (25 tahun) so aku amik challenge ni utk melihat tempat org. Time ni la kali pertama aku keluar Malaysia. Tak sangka boleh sampai kat tempat asal usul Parameswara ni. Legend weh..hahaha

First time dalam hidup naik flight 

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II Palembang
Kali ni aku tak nak citer pasal kerja aku di Palembang. Aku nk citer pasal ape yg menarik kat Palembang ni. Di Palembang, makanan yg popular @ signature dish adalah pempek. Pempek ni hanya boleh didapati di Palembang sahaja. Tempat2 lain kt dalam Indonesia pun takde. Pempek ni lebih kurg sama mcm keropok lekor kita cuma bezanya pempek ni dihasilkan daripada ikan sungai (sebab tu kaler dia putih) dan ada mcm2 jenis. Selalu cicah pakai sos dia yg diperbuat daripada gula merah (bahan2 lain aku tak tau).

Pempek Palembang
Salah 1 jenis pempek. Dipanggil tekwan - favourite aku ni..boleh try
Salah satu tempat nak cari pempek & kerupuk
Kalo nk mkn tengahari, korg boleh pilih utk makan di Rumah Makan (RM) Sederhana atau Pagi Sore. RM ni mmg agak popular di Palembang mahupun seluruh Indonesia. Korg akan dihidangkan dengan bermcm2 jenis makanan tp takde la smpai korg kena makan semua. Korg akan dicaj hanya kepada makanan yg korg amik je dan pastikan kena habis. Kalo tak habis lauk tu korg tetap akan kena caj 1 pinggan. Dari segi harga makan aku ingat tak jauh beza dengan Malaysia..still affordable.

Rumah Makan Sederhana
Kalo dh smpai Palembang, try cari papan tanda @ peta ni. Khas utk pelancong:



Di antara tempat-tempat menarik yg boleh korang datang:
1. Monpera

Monumen Perjuangan Rakyat Palembang (Monpera)
Dalam Monpera - muzium
2. Pulau Kemaro - tempat tumpuan bangsa Cina ketika Tahun Baru Cina 

No caption..hahaha

Tokong
Nak dtg cni kena naik bot pancung..sakit bontot wei
3. Benteng Kuto Besak

Benteng Kuto Besak


4. Bukit Seguntang

Tempat makam2 panglima perang Parameswara

Makam2 lain

Makam Panglima Bagus Sekuning

5. Gedung Pameran II

Sejarah Palembang boleh dapat kat sini

Kerjasama budaya Indonesia - Malaysia

5. Jambatan Ampera 

Jambatan Ampera
Dari segi bahasa, tak banyak beza dengan bahasa kita. Tp yg paling ketara adalah bahasa Palembang ni lebih kurg mcm bahasa Nismilan. Apa jd apo, siapa jd siapo..lebih kurg camtu la. Kalo korg dok lama kt sini confirm dah boleh speaking Palembang..silap2 org tak tau korg org Malaysia..cam aku..hahahhahaha..ade ke kata aku org Medan la, Jakarta la, sekali aku speaking Melayu baru nk percaya kihkihkih..

Dari segi budaya, lebih kurg mcm Malaysia jugak. Majoriti banyak Cina & Melayu. India ada..tp jrg sgt nk jumpa. Majoriti beragama Islam dan Buddha. Lg 1 yg unik kat sini, walaupun nama orang tu Melayu tp tak semestinya dia Melayu..boleh jadi Cina. Contoh Pak Husin. Dengar mcm Melayu kn? Tapi sebenarnya dia Cina..nama penuh dia Husin Kwee. Rs mcm kena tipu tak?..hahahaha

Lain-lain aku rs lebih kurg je mcm tempat2 lain dalam Indonesia. Serba sedikit info utk dtg ke Palembang:

1. Flight ari2 ade (AirAsia & Garuda)..amik masa lbih kurg 1 jam perjalanan
2. Pastikan korg ada simpan sekali tiket balik & tahu apa nama hotel korg nk duduk (takut pjg citer dekat imigresen huhuhu)
3. Kalo boleh pastikan korg ada tour guide yg boleh dipercayai dan boleh jd perantara korg dengan org Palembang..bru boleh dpt hrga murah & tak mudah kena tipu
4. Pempek pun kalo korg nak bwk balik pun boleh..diorg akan siap2 sediakan packaging utk bawak balik
5. Adat masuk rumah org..so faham2 la ye

Ok bai.





Team Building FRISB 2018 - Day 3

Hari ke-3 plak. Aktiviti ari ini adalah 'Engineering Challenge' & 'I-Maze'. Game ni aku tak nak citer sgt sbb group aku tak menang pun..hahahaha. Aku nk share byk gambar je kat sini. So the final result untuk keseluruhan aktiviti group aku dpt no. 2 daripada 10 group yg ada. Kira ok sgt dh tu. Maybe sebab kalah game hari last maybe sbb tu tak dapat champion hahahaha..Abis penyampaian hadiah kitorg pun balik ke bilik & check out. Kitorg bergerak balik dalam pkl 1 petang. Sebelum smpai rumah, singgah KLIA jap beli coklat utk org umah. Bukan 'beli jiwa' ok. Seronok gak la team buliding ni..dapat ganti off 2 ari hihihi..Terima kasih semua. Hope dpt jumpa lg tahun depan.

Bergambar sebelum balik

Terima kasih boss @ CEO FRISB En. Samsuddin Yasir

Tempat ke-2














Tuesday, May 22, 2018

Team Building FRISB 2018 - Day 2

Ahli Kumpulan 3
Ok hari ni aku nk sambung balik cerita pasal team building hari ke-2. Aku akan cuba cerita seringkas yg mungkin ok? Kang panjang sgt boring plak korang nk baca. Aktiviti pagi ni kalo tgok jadual namanya 'Impossible Juggler'. Game dia mudah je. Tangan kanan kena buat 1 jari (jari telunjuk) & letak atas tangan kiri org sebelah. Tangan kiri kena tadah jari telunjuk org sebelah. Bila instructor kata 'Tangkap!', cepat2 tangkap jari org sebelah & dlm waktu yg sama tarik cepat2 jari telunjuk kita supaya jgn ditangkap..hahahaha..faham x ni? Kalo xfhm tgok gmbr. Sape yg jari kena tangkap akan dikenakan penalti jalan catwalk. Hahahaha..

Mangsa catwalk..hahaha
 


Abis game ni kitorg main game 'The South China Sea'. Game ni lebih kepada mcmn korg nk melaksanakan aktiviti jual/beli mengikut keperluan pasaran semasa dan memastikan bisnes korg tak rugi. Group aku dpt negara China. Ramai komplen group aku susah nk bisnes. Sbb brg Made In China tak bagus kot..hahahaha. Tapi dpt gak kitorg no 2 kihkihkih.

Jadi lanun la plak..
Lepas tu lunch. Dlm pkl 2.30 ptg kitorg kena buat rakit (Pond Rafting). Setiap group dibekalkan 2 pelampung, beberapa btg buluh & tali. Dah siap rakit kena race 5 round. Punya la bersungguh buat rakit. Hujung2 dapat rakit group lain. Instructor sengaja tukar..jilake..hahahaha. Dengan taktikal & planning yg terbaik, group aku dpt no. 1 race..hahahaha (padahal bukan aku yg berakit pun). Nasib baik la ahli group aku ni biasa turun sungai..ex-Navy pun ade..hahahaha


Champion!!
Abis berakit masing2 balik bilik berehat. Ada yg balik tdo, g mandi sungai & kolam air panas..aku pulak tgh pening2 nk buat skrip persembahan mlm nnt. Dlm 4.30 ptg, kitorg start buat discussion & buat skrip. Nasib baik aku bwk laptop (tp Kak Su yang menaip..kihkihkih). Senang sikit..dh siap terus share je dlm whatsapp. Kitorg buat persembahan lawak 'Alah Emak Kahwinkan Aku'. Cerita dia pasal adat merisik & bertunang.

Rehearsal persembahan
Malam persembahan group aku dpt giliran yang ke-2. Sporting abis la aku time ni..kira main character gak la (ceh..puji diri sendiri..tak malu kihkihkih..). Tp thanks to Kak Su sbb bg idea persembahan & sporting abis gak la. Thanks jugak to ahli group  sbb bagi kerjasama yg baik..riuh 1 dewan dgar group lain ketawa. Result kitorg dpt no. 3. Patut boleh dpt no. 1 tu kihkihkih. Ramai org ckp group kitorg mmg kelakar.

Persembahan malam
Abis je persembahan, kitorg g pekena durian plak. Terima kasih boss sbb sponsor durian. Aku makan sikit je..kang bdn panas susah plak nk tdo. Pastu masing2 balik bilik. Aku plak melalak nyanyi main gitar dengan Izy, Loi & Pijai smpai la pkl 2.00 pg...     

Sunday, May 20, 2018

Team Building FRISB 2018 - Day 1

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari.

Harap semua puasa la ari ni ye. 2 minggu lepas company aku ada buat team building kat Kalumpang, Selangor. Nama resort ni Refreshing Springs Resort. Firstly, aku nk ucap terima kasih kepada boss2 dan bahagian HR sbb buat event ni. Dapat jugak la merasa g team building setelah 10 tahun berkhidmat..hehehehehe. Aktiviti berlangsung pada 11 - 13 Mei 2018. Yg terlibat terdiri daripada staf2 di peringkat ibupejabat & projek (kilang) lebih kurang dalam +/- 100 org kot.


Perjalanan dari ofis aku mengambil masa lebih kurg 1 jam. Perjalanan agak smooth smpai la nk masuk simpang ke tempat ni. Berhenti rehat dekat RnR Sg Buloh sekejap utk lunch dan beli jajan utk kunyah malam2 hahahaha..Perjalanan masuk ke dalam resort agak perlahan disebabkan oleh jalan yg tidak berturap kira-kira dlm 5 km kot. Lampu jalan pun xde so nk kluar mlm susah la sikit. Line telefon pun tak berapa nk ada hahahaha..mmg sesuai la kot nk buat team building kt cni (terpisah sekejap dengan dunia luar).


Lunch kat RnR dengan Pijai & Izy
Jalan masuk ke resort
Bila korg dh smpai kat gate depan resort ni, korg akan dihantar ke bilik dengan menggunakan traktor ataupun buggy sbb kedudukan bilik agak jauh ke dalam sikit (sbb dtg ramai2 kot). Aku dok bilik 1 bilik 3 org (terrace twin). Dpt 1 bilik dengan kawan2 baik aku (mmg dh pakat dgn HR siap2..kihkihkih) dan paling dekat dgn dewan iaitu tempat utk buat team building ni la.

Bilik utk 3 org
Dengan Pak Din


Sepanjang 3 hari aku dok cni xbyk sgt tempat aku explore sbb sibuk dengan aktiviti team building. Tp yg pasti kt cni ada sungai dan kolam air panas. Tempat ni paling sesuai kalo korg nk lari daripada kesibukan bandar. Memang sunyi dan aman la. Aku nk citer sikit je psl resort ni hahaha..nk tau lebih kena la dtg sendiri.

Kolam air panas
View depan bilik..ada sungai tp tak leh mandi..nk mandi kena turun bawah lagi
Ok berbalik kepada aktiviti team building. Setiap org telah dibahagikan kepada kumpulan2 kecil. Ada 10 kumpulan semuanya. Aku dok di kump 3 terdiri daripada 12 team member. Kalo mcm aku, aku dh kenal kebanyakan team member aku ni sbb aku biasa dok projek. Jadual aktiviti seperti dalam gmbr kat bawah.


Malam pertama je dah kena nyanyi karaoke hahahaha..Bila tgok balik dalam team aku yg boleh nyanyi cuma aku dgn Kak Su je. So nak tak nak terpaksa la jadi wakil kumpulan berduet dgn Kak Su. Sempat praktis satu kali je petang tu lagu Dua Insan - Ezad & Eva. Malam tu dapat giliran yg ke-9 nyanyi. Result dpt no 4 (sebenarnya boleh je dapat no 3). Nk wat camne keputusan pengadil adalah muktamad..kihkihkih. Dah abis amik hadiah, kitorg buat group discussion ape nk buat utk persembahan malam esok. Masa ni jugak la nk kenal2 ahli group. Lepas discuss kitorg pun balik tdo..zzzzzz
Tengah praktis
Amik mood la kononnya tu.hahahaha...
Sabar Kak Su..sabar..jgn geram ngan i...hahaha
Kak Su merajuk tak nak amik hadiah..bias katanya..kihkihkih. Tq En. Sam & En. Rosli
Ko gelakkan aku ye Izy..hahahah
Kak Su, Aku, Abe & Azza



10 Dokumen Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dibawa Semasa Temuduga

Persediaan rapi sangatlah diperlukan buat anda yang akan menghadiri temuduga. Selain persediaan, pengetahuan tentang temuduga juga sangatla...